Tuesday, July 16, 2019

Boko Ubi Kayu yang...unik sangat. (konon)

Hari Selasa / 16 Julai 2019
Jam 9.00 malam

Baru siap masak Boko Ubi Kayu.
Resepi ambil dari web Rasa.

Tapi kan, resepi ni aku derhaka sikit tau. Sikit?
Banyak kot. Haha

Patutnya di sagat ubi tu. Tapi oleh kerana, baru sagat kejap, aku dah boring sebab dapat sikit je dalam tempoh 10 minit. Maka aku blender je guna blender kasar tu. Ala yang guna blender daging tu.

Lepastu, aku kukus dengan air gula yang dah di masak.
1/2 jam lepas tu, aku intai kat pengukus, nampak dah gelap, tapi banyak putih-putih lagi.
Ye la, ubi tu tak hancur betul.
Tapi tak pelah dah masak.

Ni, santannya pulak, buat hal. (Eh, aku yang masak, aku la buat hal, santan kena tuduh).
Dah sebatikan santan, tepung beras, garam, air dalam periuk, maka aku nyalakanlah api.
Lepastu, aku bebel sorang-sorang ala-ala chef selebriti.
Tau-tau santan aku menggelegak + hangit sikit.
Alahai...
Maka aku kacau kan dan tambah sikit air bagi mengurangkan ketulan yang berlaku akibat menggelegak tanpa kawalan.

Dan ini hasilnya.
Sambil-sambil berwasap dengan geng-geng ibu rock membincangkan permasalahan kuih boko ni la.




Dia punya rasa?
Memang tak boleh buat jual.
Apa tah lagi nak hidang kat mak kau.
Cuma anak aku cakap, "sedap la bu"
Dia tak tau, mak dia masak dah ter'derhaka' tu.
Jangan korang ikut ye nak.

Ok. Nanti Puan Jering ni nak cuba lagi.
Buat sampai perfect.
Tata...